Safiey Illias ni boleh dikatakan tegar juga bila dia sanggup untuk melakukan pembedahan demi menaikkan keningnya.
Prosedur pembedahan itu dikatakan untuk membetulkan kesalahan yang dibuat oleh doktor tak bertauliah.
Anggaran kos RM 30 000
Usahawan kosmetik itu mengatakan menerusi Harian Metro, bahawa pembedahan menaikkan kening itu memakan kos beranggaran RM 30 000.
Katanya, pembedahan yang dia akan lakukan ini sangat terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood. Safiey juga menjelaskan bahawa kegagalan pembedahan sebelum ini membuatkan keningnya jatuh hingga menyebabkan kelopak matanya berat.
“Pembedahan yang saya nak buat ini sangat terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood. Jadi, saya nak buat macam mereka. Tambahan pula, prosedur pemindahan lemak di dahi daripada doktor tidak bertauliah sebelum ini membuatkan kening saya tidak berada pada postur tulang kening seorang manusia normal.
“Akibat kegagalan itu, lemak berpindah ke kening dan kening jatuh menyebabkan kelopak mata saya turut kelihatan berat dan sayu akibat lemak berlebihan di kelopak mata. Disebabkan itu saya perlu melakukan proses ini bagi menaikkan semula kening,” jelasnya.
Tak serik
Safiey juga mengatakan bahawa dia tak serik untuk melakukan pembedahan kosmetik dan apa yang dilakukan ini hanyalah untuk membetulkan kesilapan prosedur sebelum ini.
Usahawan kosmetik itu juga menjelaskan bahawa pembedahan kali ini akan dibuat oleh doktor pakar mata dan bukan doktor estetik.
“Masyarakat kena jelas perkara ini dan jangan buat kesilapan seperti saya,” tambahnya.
Hmm, tak nak cakap banyak, asal kau bahagia sudahlah Safiey.