Usahawan kosmetik Nur Sajat sering kali menjadi bualan netizen akibat perbuatannya yang menimbulkan kontoversi serta kecaman netizen.
Namun, baru-baru ini satu video yang mempamerkan dirinya digari telah viral dan menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Tampil Beri Penjelasan
Selepas beberapa hari mendiamkan diri kerana video itu, Sajat tampil menceritkan perkara sebenar.
Sajat menerusi hantaran IGTV di Instagram (IG) miliknya, meceritakan kisah sebenar dia digari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga dia ditahan di Pusat Penahanan Semenyara, Kualan Kubu Bharu.
Layanan Tidak Wajar
Sajat turut berkata yang dia mendapat layanan yang tidak wajar walaupun sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS.
Siasatan tersebut dilakukan berikutan laporan yang telah dibuat pada 23 Ogos 2018, yang mengatakan Sajat berpakaian wanita ketika menngadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
“Laporan pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan Yassin bersama budak-budak tahfiz di wisma saya di Seksyen 16 Shah Alam.
“Saya pendekkan cerita, saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi kerjasama , telah direman, ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru,” tulisnya sebagai kapsyen di IGTV tersebut.
Sengaja Lengahkan Surat Tahanan
Sajat turut mendakwa pihak JAIS sengaja melengah-lengahkan surat jaminan termasuk dicederakan dan digari sehingga mengalami bengak tangan serta badan kerana bergelut untuk mempertahankan dirinya.
Sajat juga dilihat telah membuat luahan yang mengejutkan apabila mengaku membuat pembedahan jantina menerusi ruangan IG Story.
Menerusi beberapa kenyatan yang dimuatnaik di IG Story tersebut, Sajat kelihatan seolah-olah kesal dengan diskriminasi sesentengah pihak terhadap golongan sepertinya dan mempersoalkan sama ada kebaikan dalam agama berpandukan kepada pakaian semata-mata
Sajat turut dikatakan berada dalam keadaan tertekan apabila menyatakan Islam berat buat dirinya dan bertanya kepada pengikut samada dia patut keluar daripada agama.
Kongsi Pandangan Netizen
Sementara itu, menerusi ruangan yang sama Sajat dilihat turut berkongsi beberapa pandangan netizen.
Antara komen yang dikongsi oleh dirinya ialah mengenai pendapat netizen tentanglayanan kurang baik oleh JAIS ketika Sajat hadir dengan cara baik untuk membantu siasatan.
Rata-rata netizen memberi pendapat sungguhpun Nur Sajat seorang transgender dia tidak wajar dilayan dengan buruk dan kasar.
Apa pun kita doa-doa yang baik sahaja buat Sajat dan semoga dia boleh kembali ke jalan yang benar.