Baru-baru ini kecoh seketika di media sosial apabila ushawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajad membuat pengakuan tentang dirinya.

Dia juga amat berterima kasih kepada yang mengambil berat terhadap dirinya berikutan perkara-perkara yang menimpa dirinya.

Berkongsi Mengenai Sahabat

Sajat telah memberikan perkongsian mengenai jalinan persahabatan bagi dirinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Sajat mengakui hubungan persahabtaan tidaklah tertakluk kepada material atau agama seseorang itu semata-mata.

“Persahabatan bukan tertakluk pada rupa, bangsa, agama, darjat atau sebagainya. Bila kita sedih, di sini kita kenal erti persahabatan. Kita sedih bukan kerana kita perlukan duit, tetapi mengangkatku kembali pulih seperti biasa.

“Senyum ku yang selalu ku puji dan yakin, makin suram di wajah ini. Terima kasih sahabat kerana mengambil tahu pasal ku, sahabat yang ku sayang. Terima kasih mengambil berat pasal ku. Aku hargai kata- kata semangat mu ini. Aku cuba bangun tetapi masih belum ku kembalikan Nur dalam diri ini,” tulisnya.

Harus Dipuji

Dia turut menyifatkan individu yang berilmu terus dipuji manakala sebaliknya pula berlaku kepada pendosa yang harus ditindas.

“Yang berilmu terus dipuji, di pandang mulia, di angkat darjatnya mahu dunia dan syurga, tetapi si pendosa terus ditindas, terus dipandang hina, walaupun tiada sedikit kebaikkan yang mereka nampak si pendosa ini.

“Dan pendosa semakin hanyut dan terus hanyut hingga mencari ketenangan diri,” luahnya.

Hmmm kesian pun ada dekat Sajat ni. Apa-apa pun doa yang baik-baik je lah buatnya.