Siapa je tak kenal dengan pelakon kacak Fattah Amin ni meskipun dia kini tidak seaktif dulu dalam industri hiburan tanah air.
Dan nampaknya nama pelakon lelaki tersebut akan berdiri setanding dengan artis-artis antarabangsa.
Satu-Satunya Artis Tempatan Tersenarai
Baru-baru ini Fattah telah menjadi satu-satunya artis tempatan yang layak mewakili Malaysia dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020.
Pegumuman pencalonannya adalah menerusi pengumuman di laman Instagram rasmi milik TC Candler pada 1 September lalu.
Menurut laporan Oh My Media, sebelum TC Candler ini memilih calon terakhir mereka untuk 100 Wajah Paling Tampan 2020, pencalonan tersebut telah dinilai berdasarkan undian dan komen terbanyak yang dilakukan oleh peminat di saluran YouTube rasmi TC Candler.
Sebaris Bintang Antarabangsa
Pencalonan tersebut telah membuatkan Fattah berdiri setanding artis antarabanga apabila ramai artis luar negara turut tersenarai untuk kategori tersebut.
Antara nama besar yang tersenarai ialah bintang K-Pop V (BTS), Lucas (NCT), dan Suho (EXO) serta pelakon Korea Selatan, Hyun Bin
Pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding juga pernah menduduki tempat ke-84 bagi senarai ini pada tahun 2018, manakala pelakon Aquaman, Jason Momoa telah memenanginya pada tahun tersebut.
Wah bukan biasa-biasa ya abang Fattah kita ni. Tersenarai dalam 100 lelaki tampan di dunia. Apa-apa pun semoga ada rezeki Fattah untuk memenangi pertandingan ini nanti. Goodluck Fattah!