Zaman sekarang ni, budaya meng-judge­ atau membawang semakin berleluasa. Tambah pula dengan adanya media sosial, lagilah senang nak membawang.

Salah seorang pengguna Facebook, Nuraisyah Abu Husin ada membuat satu postyang menarik perhatian orang lain.

Kredit Imej: Cari

“Masyarakat kita dah tenat”

Tajuk post yang ditulis oleh Nuraisyah, “Masyarakat kita dah tenat” menjelaskan situasi zaman kini yang rata-rata netizen tak lari dengan perbuatan judge orang.

Pengguna Facebook itu menceritakan kisah salah seorang stafnya yang berasa segan sehingga cuba menyorokkan gelang emas yang dibelinya kerana tidak mahu dibandingkan dengannya yang tidak memakai sebarang emas.

Walhal gelang emas itu dibeli dari hasil titik peluh stafnya sendiri dan dikatakan sebagai self-reward untuk dirinya itu.

Perbandingan netizen

Mungkin disebabkan pernah beberapa kali viral perbanding ‘yang kaya minum kopi mamak, yang miskin minum Starbuck’ sehingga menyebabkan stafnya segan dan takut dikecam oleh orang lain.

Jelasnya, disebabkan masyarakat sekelilinglah yang menjadi punca rakyat sendiri asyik membezakan antara satu sama lain.

“Yang beli pakai hasil titik peluh sendiri pun jadi malu nak reward diri,” tambahnya.

Nuraisyah juga sempat memberi pesan agar jadilah diri sendiri dan pedulikan apa orang nak berkata.

“Selagi tak menyusahkan orang, you are on the right track,” tambahnya.

Betul juga kata Nuraisyah ni. Kalau hidup nak berlandaskan pendapat dan pandangan orang lain, sampai bila-bila pun tak bahagia. Jadi, korang semua, silalah menjalani kehidupan korang dengan bahagia dan jangan koyak selalu!