Baru-baru ini, netizen ada spekulasi yang Raja Syahiran sedang hangat bercinta dengan seorang pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.

Spekulasi ini timbul setelah netizen perasan bahawa mereka berdua selalu balas komen mesra di media sosial dan spekulasi itu menjadi kukuh apabila mereka berdua tampil ke perkahwinan Mira Filzah dengan pakaian yang sedondon.

Rapat sejak beberapa bulan lalu

Menerusi Gempak, Raja Syahiran mengakui bahawa kini dia sedang berkenalan dengan Uyaina.

Menurut penyanyi dan bintang Dansa dan Sing itu, mereka mula rapat sejak beberapa bulan yang lalu dan kini selesa berkahwin baik dengan pengacara cantik itu.

“Kami sedang dalam proses berkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan,” jelasnya.

Ada saja topik untuk diborak

Tambahnya lagi, Raja Syahiran selesa berkawan rapat dengan Uyaina kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh jadi mereka tak pernah berborak kosong.

“Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina,” ujarnya lagi.

Nampaknya ada pasangan selebriti baru ni, semoga semuanya berjalan lancar lah ya!