Ramai yang kenal pengacara, Ain Edruce ni sebagai seorang yang laid back dan selamba.

Namun, tular video yang menunjukkan aksi pengacara itu meminum air selepas dia berkumur di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Lawak

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menyifatkan aksinya itu menghiburkan.

“Sumpah lawak Ain ni,” tulis pengguna itu.

Ada juga yang menggatakan ingin mempunyai pasangan seperti suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang menerima aksi spontan yang dilakukan oleh isterinya.

Pengotor

Tapi nampaknya, bagi pandangan warga Twitter yang lain, aksinya itu langsung tak menghiburkan.

Malah, ada juga yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai menggelikan dan kurang ajar.

Definasi sweet

Ain juga sempat mengulas video berkenaan, mengatakan bahawa itu adalah caranya untuk bersweet dengan pasangannya.

“Definisi sweet kitaorang,” tulis Ain.

Entahlah, lain orang lain la kot pendapat. Tapi kalau buat macam ni dekat depan orang ramai, memang geli tengok.