Berita pertunangan Neelofa bersama PU Riz telah mengemparkan dunia hiburan apabila wanita yang dikatakan telah menjadi inspirasi ramai itu akhirnya telah menjumpai pasangannya.

Namun baru-baru ini, status pertunangan Neelofa kembali menjadi perbualan hangat netizen.

Tepis Dakwaan

Selepas tular beberapa tangkap layar di Twitter yang mengatakan Neelofa terkena minyak pengasih dan telah memberi sejumlah wang kepada keluarga PU Haris, Neelofa menafikan dakwaan tersebut.

Penafian itu dibuat menerusi kenyataan media dan juga video IGTV di laman Instagram (IG) miliknya.

Neelofa turut berharap agar semua pihak dapat memahami keadaannya dan tidak lagi membuat andaian tidak tepat.

“Kononya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan. Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-buat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini”, katanya.

Status Pertunangan

Neelofa turut menjawab mengenai status pertunangannya dan berkata setiap pehubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan dia tidak akan mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan keluarganya.

“Sementara itu,mengenai status hubungan terkini saya denga Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belh pihak,” katanya.

Mohon Maaf

Neelofa juga turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya termasuk keluarga Haris atas apa yang berlaku.

Dia juga memohon doa peminatnya mengenai dugaan yang dia sedang hadapi ini.

Terdahulu hubungan PU Riz dan Neelofa telah trending di Twitter dan juga beberapa platform media sosial yang lain susulan IG story yang dikongsi oleh adik beradik Neelofa.