Siapa je tak sensitif kalau kena body shamming kan? Mesti rasa nak sound terus, bagi sedar sikit orang yang suka body shamming tu.
Itulah yang dilakukan oleh pelakon drama Degup Cinta, Shiqin Kamal apabila didakwa dia kena body shamming oleh seorang pelawak.
Inilah contoh artis Malaysia!
Menerusi story laman Instagramnya, Shiqin berkongsikan sikap seorang pelawak yang dikatakan telah melakukan body shamming terhadapnya.
“Ni la contoh artis Malaysia yang suka body shamming. Jangan risau, aku tak emo pun, cuma aku rasa aku nak kenalkan kau dekat peminat aku dan hargai usaha kau selama ni,” tulis Shiqin.
Dia juga berkongsikan screenshot mesej yang diterima oleh pelawak tersebut.
Tak kisah la femes ke tak
Shiqin juga menjelaskan pada story seterusnya bahawa dia akan mendedahkan mereka kepada orang ramai yang melakukan perbuatan sebegitu tanpa mengira indvidu tersebut adalah seorang artis terkenal atau tidak.
Jelasnya, ada juga yang dah kahwin pun sibuk dengan saiz badannya.
“Lepas ni, sesiapa yang datang dekat saya dengan mesej atau vibe yang sebegini, saya akan mendedahkan awak, okay? Tak kisah la awak artis terkenal ke tak.”
“Cuma saya tak faham ada yang dah ada isteri pun sibuk nak komen saiz badan perempuan lain,” dedah Shiqin.
Macam dah kahwin 5 juta kali!
Pelakon tersebut juga meluahkan rasa jengkelnya terhadap kata-kata body shamming yang dilontarkan kepadanya oleh individu-individu berkenaan.
“Dan satu perkara lagi, mereka selalu menjengkelkan saya dengan kata-kata ‘oh nanti awak dah kahwin mesti kembang bontot, paha, hati jantung lutut bahu, urat’ please bro! Yakin sangat kau ni, macam dah kahwin 5 juta kali.
“Kenyataan sebegini sangat menjengkelkan. Body shaming adalah salah!” luahnya.
Haa kan dah kena expose! Dah-dah la tu body shamming orang, tak ada faedah dapat pun.