Secara mengejut di akaun Instagramnya, pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof telah memuat naik gambar seorang lelaki.

Dipercayai gambar lelaki tersebut dimuat naik oleh Syamsul kerana ingin mencari lelaki itu namun sebabnya masih lagi belum diketahui.

RM10,000 cash

Perkongsian Syamsul yang mengambil perhatian netizen adalah bukan gambar itu tetapi tawaran yang ditulisnya di dalam post tersebut.

Syamsul menawarkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki dalam gambar itu.

“Abang perlu perkhidmatan Grab Car. Siapa-siapa boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan.

Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa-apa sila email saya di [email protected] atau DM saja kat IG ni. #semboyanCalling,” tulisnya.

Sebab ugutan?

Walaupun masih lagi tidak diketahui sebabnya tetapi ramai berspekulasi bahawa ia ada kaitan dengan mesej ugutan yang diterimanya di media sosia.

Pengarah itu juga telah membuat laporan polis di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada minggu lepas.

Rakan-rakan industri sokong

Di ruangan komen pula bukan sahaja netizen yang memberi reaksi tetapi rakan-rakan industri juga memberi sokongan atas prebuatan pelakon KL gangster ini.

Nampaknya Syamsul sanggup buat apa sahaja, asalkan keluarganya selamat.

Kepada yang suka buat ugutan kat media sosial ni, dah-dahlah tu apa faedah yang korang dapat buat benda-benda ni, tak pasal-pasal kena duduk lokap nanti.