Haiwan-haiwan di Zoo Negara kelihatan tidak dilayan dengan baik apabila gambar dua ekor singa yang kurus dan murung tersebar di Twitter.

Hal ini memberangkan netizen yang telah sumbangkan wang selaras dengan kempen “haiwan angkat” yang dilancarkan oleh pihak zoo untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi zoo.

Bukan itu sahaja, malah kerajaan turut sumbangkan sebanyak RM1.3 juta ringgit untuk meringankan beban pihak zoo.

Netizen pelik, memandangkan tiket Zoo Negara adalah mahal sebanyak, RM45.00 berbanding Zoo Taiping, yang lebih murah, hanya RM16.00 sahaja. Lebih-lebih lagi, haiwan di Zoo Taiping kebanyakannya gemuk dan diberi makanan dengan baik.

Harimau betina Zoo Taiping melahirkan tiga anak harimau, Mei lepas.

Netizen spekulasi korupsi berlaku dalam kalangan staff zoo negara dengan sumbangan dana. Apabila netizen membuka laman web Zoo Negara untuk check rekod-rekod kewangan, laman web tersebut masih dalam proses perbaikian.

 “Zoo Negara” trending hari dengan sebanyak 13 ribu tweets.