Setelah sekian lama menyepi, Suhaimi Saad telah kembali menarik tumpuan (atau kecaman) daripada netizen.
Dan kali ini adalah disebabkan Suhaimi telah mempersenda atau menghina orang yang baru meninggal dunia.
Saya bersyukur…
Menurut Nur Farina Abdullah melalui Facebooknya, dia kecewa apabila mengetahui ayah angkatnya yang meninggal dunia dihina oleh Suhaimi Saad.
“Allahuakhbar. Air mata kami anak-anak dan ibu bukan mengalir kerana Allah ambil abah tapi sedih, kecewa dan geram dengan macam-macam cerita dan fitnah yang sudah dilemparkan pada arwah abah kami.
“Kami simpan segala bukti dan tunggu kami bertenang untuk berfikir secara waras.” tulis Farina.
Alangkah terkejut Farina apabila melihat Suhaimi Saad meninggalkan komen bahawa dia “bersyukur” ayah angkatnya telah meninggal dunia.
“Dia dah mati. Alhamdulillah. Allah bayar cash. Kalau Allah bayar cara hutang, lagi berat.” komen Suhaimi Saad.
Untuk makluman, komen yang ditinggalkan oleh Suhaimi adalah di akaun Facebook milik arwah ayah angkat Farina, yang menceritakan tentang kesan sampingan suntikan vaksin AstraZeneca yang diterima 13 Jun yang lepas.
Bukan Farina seorang
Seorang lagi anak arwah, pengguna Ain T-ant juga menegur Suhaimi Saad yang dilihat seperti tidak menghormati kematian seseorang.
“Tuduhan dia meninggal sebab vaksin ni amat berat…tolong jangan libatkan abah kami dengan sebaran fahaman tuan…cukupla apa yang terjadi pada kami.” tulisnya.
Seorang lagi anak arwah telah membuat perkongsian bahawa dia akan mengambil tindak selanjutnya terhadap penyanyi tersebut.
Jujurnya, gelagat bekas penyanyi nasyid ini sangat terkenal kepada warga netizen, daripada keputusan dia untuk tidak menghantar anaknya ke sekolah hingga kepada perkongsian “anti vaksin” dia di sosial media miliknya namun kali ni, agak keterlaluan.