Sebelum ini, tahun 2020 telah digembar gemburkan bakal menjadi tahun yang hebat kerana kononnya bakal ada kereta terbang. Tetapi sebaliknya yang belaku apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
2020 belum lagi melabuhkan tirainya, namun tahun ini sudah mempunyai nama jolokan yang diberi oleh netizen iaitu tahun yang sangat pelik kerana kewujudan makanan-makanan yang tidak masuk akal terhasil.
Mi Boba
Dengar macam pelik, tetapi itu lah yang berlaku apabila mee segera di makan bersama boba. Selaras dengan slogan untuk kolaborasi antara Tealive x Mamee ni iaitu “khas untuk yang layan benda-benda pelik je” Haa memang pelik pun!
Pembungkusan mee tersebut mempunyai mee segera, boba, perencah serta krimer.
Ramai yang kata mee tu pelik dan tidak sedap! Ada yang kata dah macam makan mee yang tertumpah air boba di dalamnya, ada yang kata sedap sebab ia ada dua rasa iaitu pedas dan sejuk. Yang sejuk itu boleh di makan bersama dengan ais batu!
Ish memang pelik lah makan mee segera denagan boba walaupun ada yang kata sedap. Memang tak boleh ‘brain’ lah.
Daebak Ghost Pepper Combo
Tidak cukup dengan mee boba yang pelik, kali ni Mamee sekali lagi mengeluarkan makanan pelik dengan menghasilkan Daebak Ghost Pepper Combo yang mempunyai mee segera, air Cola serta potato chips.
Kolaborasi bersama tiga jenama itu telah menghasilkan satu kombinasi yang pelik!
Seperti yang diketahui ramai, mee segera ghost pepper itu memang pedas dan ianya tidak sepelik seperti makan mee bersama boba. Tapi kali ini mereka menghasilkan minuman cola yang beperisa pedas!
Dah lah air cola tu minuman berkarbornat dicampur pula dengan rasa pedasnya, lagi lah nak meletup dibuatnya.
Ada yang kata sedap, ada yang kata tak sebab dah mcacam minum air cili!
Bagi yang kata sedap pula, air tu macam air cola biasa cumanya ada rasa pedas cili tu. Ish memang sukarlah untuk digambarkan.
Manakala, potato chips tu pula rasanya biasa sahaja, macam makan chips pedas biasa.
Untuk combo Mamee kali ini, air cola ghost pepper itu yang paling pelik sekali. Macam mana lah netizen kata sedap, pelik sungguh sebab dah macam minum air rebusan cili kering!
Ais Krim Nasi Lemak
Semua orang tahu nasi lemak Pak Nasser tu sememangnya sedap tapi kali ini Santan berkolaborasi dengan Crème De La Crème untuk hasilkan aiskrim tersebut.
Ais krim berperisa kelapa itu dilengkapi dengan ikan bilis digoreng rangup serta sambal.
Ada yang berkata yang kombinasi itu memang kena kerana ada semua element yang ada dalam hidangan nasi lemak.
Ada pula yang kata tak sedap, tak kena dan semestinya pelik kerana makan ais krim dengan sambal!
Kebanyakkan review dari YouTubers yang melakukan mukbang pun katakan pekara yang sama iaitu pelik!
Pizza Cendol
Pizza juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan makanan yang pelik untuk para penggemar pizza.
US Pizza kali ini menghasilkan pizza cendol hasil kolaborasi dengan jenama cendol yang famous iaitu Penang Chendul.
Walaupun ianya kedengaran pelik, tetapi rata-rata netizen yang telah mencubanya amat menggemarinya.
Ianya dikatakan sedap seperti makan roti cicah dengan cendol. Jadi rasanya tidak lah sepelik dengan makanan yang dinyatakan di atas.
Pizza tersebut dilengkapi dengan bahan-bahan cendol serta santan dan gula melaka. Jadi ianya enaklah serta kombinasi yang kena untuk pizza.
Pizza Penang Chendul ni, bukan lah menu pelik pertama yang dikeluarkan oleh US Pizza kerana sebelum ni mereka pernah je mengeluarkan pizza sambal petai dan pizza durian.
Jadi, berdasarkan senarai makanan yang dinyatakan, kebanyakannya adalah agak pelik terutama sekali mee segera boba tu.
Setiap orang ada cita rasa masing-masing kan jadi kalau nak cuba semua makanan di atas apa salahnya. Cuma, janganlah paksa diri kalau tak boleh nak go dengan makanan-makanan pelik tu.
Walaupun tahun 2020 ni belum berada di penghujungnya, rasa boleh dah buat kesimpulan tahun ni adalah tahun yang penuh dengan makanan-makanan yang pelik.
Harapnya tak ada dah lah makanan pelik-pelik yang akan keluar selepas ni….