Nabila Huda seorang pelakon yang cukup hebat di mana lakonannya sering meninggalkan kesan yang bagus buat sesebuah naskah yang dia bintangi.

Namun, baru-baru ini Nabila atau lebih mesra disapa Abil telah mempersoalkan sesuatu yang padanya tidak patut.

Bayaran yuran

Nabila telah tampil menyuarakan pandangannya mengenai keperluan membayar yuran sekolah penuh meskipun hanya mengikuti kelas atas talian sejak tahun lalu.

Dia juga berkata yang dirinya turut terkesan dengan sistem yang memwajibkan semua ibu bapa perlu bayar yuran secara penuh malah turut menggesa orang ramai di luar sana agar berhenti membayar seperti biasa.

Nabila dilihat telah melontarkan pendapatnya di ruangan Twitter dan Instagram miliknya untuk tatapan serta perkongsian bersama peminatya.

“Kelas online tapi masih nak kena bayar penuh tak logik langsunglah. Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai kemudahan. Cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni.

“Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan kelas online. Memanglah orang akan cakap tak tahu belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tak ada masalah,tapi kenapa nak kena bayar full yuran?” tulisnya.

Tidak adil buat ibu bapa

Dia turut berkata yang perkara ini tidak adil untuk ibu bapa dan Nabila juga turut meluahkan rasa gusar memikirkan keberkesanan pembelajran dalam talian ini kerana tidak semua murid boleh menerima medium yang sedang dipraktikan itu.

Tambahnya lagi, dia kini berfikir-fikir untuk meletakkan anaknya, Keisya untuk bersekolah di rumah meskipun dia dahulu pernah membantah ibu bapa yang mengamalkan pembelajaran dari rumah kerana merasakan anak-anak perlu belajar bergaul dan menikmati zaman persekolahan bersama rakan-rakan yang lain.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya dah tiada pilihan. Saya sedang mencari guru yang boleh ajar anak saya subjek penuh!” tulisnya lagi.

Hmm semoga ada penyelesaian lah ya  bagi yang menghadapi masalah seperti ini!