Datuk Awie merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang cukup versetail yang mana dia boleh membawa apa sahaja watak yang diberi, begitu juga dalam bidang nyanyian.

Khabarnya, tak lama lagi Awie akan keluarkan filem pertamanya bersama barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya.

Tidak Terlepas Kritikan

Menurut Harian Metro, Awie mengakui yang filem pertama terbitan syarikatnya iaitu Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berjudul 10 Tips Tipu Bini tidak akan terlepas daripada kritikan pengkritik filem di YouTube.

Awie berkata setiap perkara yang dilakukan sama ada elok atau tak, pasti akan berdepan kecaman dengan pelbagai pihak.

“Sekarang, kita ada ramai Youtuber pengkritik filem yang kononnya, nak buat ‘review’. Walhal mereka pun ‘zero knowledge’ berkenaan filem.

“Mereka tak pernah buat satu filem dan skrip pun. Tapi, cara hentam filem seolah-olah macam dia dah buat 100 filem. Kita nak layankah orang macam ini?” katanya pada sidang media filem terbabit di MaTiC, Jalan Ampang.

Demi Cari Pengikut

Awie turut berkata yang Youtuber terbabit sebanarnya berbuat demikian hanya untuk mencari pengikut bagi ‘subscribe’ saluran mereka, semata-mata demi duit dan kepentingan sendiri.

“Kalau saya ataupun penggiat lain gila nak layan mereka dan orang lain pun gila nak mendengar kutukan hasad dengki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua.

“Lebih baik kita terus-terang dan jujur begini kerana kita buat filem untuk menghiburkan semua orang. Disamping itu, kami pasukan produksi pun nak cari rezeki

“Ada rezeki yang elok lepas ini, kami buatlah filem lain yang mungkin lebih baik daripada ini. Kalau ada keuntungan kenapa tidak! Mesti saya nak buat yang lebih bagus dari segi produksi, skrip, pelakon dan sebagainya,” katanya lagi.

Beharap Penonton Tidak Terpengaruh

Awie turut berharap supaya penonton tidak terpengaruh dengan pengkritik filem yang suka mengeluarkan kritik bukan-bukan.

“Youtuber ini cuba nak menjahanamkan industri dan semangat pembikin filem.

“Saya tak boleh halang untuk mereka langgan dan komen filem 10 Tips Tipu Bini tapi kita jangan layan.

“Janji, asalkan dia jangan usik nama ibu bapa saya, isteri saya dan mereka yang terdekat dengan saya.Jangan hina sudahlah,” katanya.

Filem ini diarah oleh oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan dan turut menampilkan nama-nama besar sepert Awie sendiri, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin.

Wahhh tahniah Awie, semoga filem ini bakal mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan penonton.