Seperti ramai yang tahu, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan seorang pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan namun, rumah tangga mereka tidak kekal lama.
Penceraian mereka berdua telah menjadi tumpuan netizen suatu ketika dahulu dan nampaknya, sekali lagi mereka berdua ini menjadi sebutan netizen.
Respon Balas
Rita menerusi IG Storynya telah memberi respon balas dengan menjelaskan yang dia tak pernah cakap bekas suaminya itu tak bayar nafkah kepada anak-anak mereka tapi jumlah yang diberikan itu dilihat masih sama sejak anak mereka berumur 1 tahun sehingga sekarang yang sudah besar.
“Selama ni semua orang tahu keputusan nafkah untuk umur anak 1 dan 3 tahun, itulah duitnya pembelajaan susu dan pampers. Sekarang tahun berapa ya? Owh 2021 tapi amaun yang sama.
“Dari dulu tiada duit untuk baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain-lain, tiada duit taska, tiada duit sekolah, ke tak tahu anak dah sekolah mungkin,”tulis rita.
DIa juga telah bangkitkan banyak perkara termasuk memberi peringatan kepada bekas suaminya tentang hukum Allah.
Tetap Bersyukur
Bagaimanpun, Rita tetap bersyukur kerana pada tahun 2013 telah menerima nafkah keperluan anak-anak sebanyak RM 3,000 yang pada ketika itu berumur 1 dan 3 tahun, tapi untuk 2021 Rita sekali lagi dalam keadaan teka-teki.
Rita yang mengakui dirinya terkejut membaca luahan bekas suaminya itu terpaksa bersuara walaupun selama ini, dia berdiam diri dan menguruskan semuanya sendiri.
Terdahulu, Aidil telah mengeluarkan satu kenyataan apabila dia mendakwa dirinya tidak pernah terlepas bayar nafkah ekoran kes LHDN yang viral baru-baru ini.
Apa-apa pun semoga masalah yang berlaku antara mereka berdua ini dapat diselesaikan dengan segera.