Kebelakangan ini, dunia media tergempar apabila usahawan kosmetik dan penyanyi, Safiey Illias dirakam membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak bawah umur.

Pihak polis tak lengahkan masa dan terus membuat siasatan lalu menangkap Safiey dan rakannya Fifi (@pipinatasha) dan direman.

Lima hari dilokap

Untuk pengetahuan umum, mereka dilepaskan daripada lokap pada Rabu ni, 15 Jun, selama lima hari ditahan direman oleh pihak polis.

Pada hari yang sama, dia membuat satu sesi siaran langsung di Instagram miliknya, untuk menceritakan pengalamannya semasa di lokap.

“Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, takde selimut atau bantal. Berbantalkan lengan sahaja. 

“Makan macam gelandangan sikit, tapi okaylah takde masalah pun. Kami diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.” katanya.  

Tidak ingin menimbulkan isu baru

Tambah Safiey, dia berusaha untuk menolong siasatan pihak berkuasa sebaik mungkin, malah menolong pegawai penyiasat melanjutkan tempoh tahanan reman.

“Kali ini saya bagi muka. Saya tak nak timbul spekulasi negatif masyarakat dan kasihkan pihak polis berdepan tohmahan negatif masyarakat.

“Sepatutnya reman saya cuma tiga hari, tapi dua hari selanjutnya saya beri muka. Jadi saya sudah memberikan kerjasama selama lima hari, jadi harapnya tiada lagi isu berbangkit,” ulasnya.

Bagusnya Safeiy ni, dah tahu buat salah terus menyerah diri kepada pihak berkuasa tanpa menjadikan perkara tersebut drama.