Memang jadi trend sekarang artis-artis review barang atau produk sebagai income sampingan dorang.

Tapi tak bermakna semua produk artis-artis perlu review, tapis la dulu, nanti kena kecam netizen, macam kes pelakon, Tiz Zaqyah ni.

Video produk review tak patut!

Menerusi laman Instagramnya, Tiz ada buat satu post yang sepertinya ditujukan kepada golongan wanita yang mempunyai masalah payudara dan punggung.

Namun, yang membuat para netizen mengecam pelakon wanita tersebut adalah kerana video yang di upload untuk review produk terbabit.

Video tersebut mempamerkan seorang wanita yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

https://www.instagram.com/p/CEvcKWtAEGM/?utm_source=ig_web_copy_link

Cari duit cara lain

Menjengah ruang komen post itu, rata-rata netizen menegur dan meminta agar Tiz cari duit sampingan dengan cara lain.

Kena hack?

Ada juga para peminat Tiz yang merasakan akaun Instagram pelakon itu kena hack dan tidak percaya bahawa Tiz akan review produk sebegitu.

Hmm, korang rasa? Apa pun, harap Tiz dapatlah ambil seperkara-dua yang patut berdasarkan komen netizen tu.