Sejak pelaksanaan PKP yang kedua ini, telah tular kembali trend kahwin awal dan sepertinya ramai netizen yang menyokong trend tersebut.

Namun, ianya tidak dipersetujui oleh pengacara serta penulis lirik Fedtri Yahya.

Tidak Patut Jadi Ikutan

Fedtri menganggap bahwa berkahwin di usia yang muda tidak patut menjadi ikutan kerana memikirkan ramai remaja skerang tidak matang serta berkemampuan.

Dia menyuarakan pendapatnya menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter miliknya dan perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Situasi Berbeza Selepas Kahwin

Dia turut memberitahu bahawa tedapat banyak kes yang melibatkan penceraian di kalangan pasangan muda yang hanya bercerai selepas beberapa minggu berkahwin kerana merasakan diri mereka tidak bersedia.Mereka juga enggan menanggung sebarang komitmen setelah mempunyai anak.

Tambahnya lagi, orang muda tidak perlu berlumba untuk menjadi yang terawal dalam perihal ini kerana ianya melibatkan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul buat mereka yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang kukuh sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Netizen Bersetuju

Meninjau ke ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen bersetuju denga apa yang dikongsi oleh Fedtri. Ada juga yang berpendapat urusan jodoh seseorang itu merupakan rahsia Allah S.W.T.

Sebelum ini pernah tular beberapa kisah mengenai netizen serta remaja sekolah yang telah mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Hmm betul juga apa yang dikatakan oleh Fedtri tu. Buat yang nak kahwin tu pastikan anda dah bersedia dari segala aspek sebelum mendirikan rumah tangga.