Musim-musim berkurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, macam-macam cara rakyat gunakan untuk isi masa terluang.

Untuk pelakon Reen Rahim, kesempatan tempoh PKP itu dimanfaatkan olehnya dengan mengaji Al-Quran yang dipantau ibunya.

Terpaksa padam

Reen menerusi laman sosialnya banyak berkongsikan telatah keluarganya malah, ramai pengikutnya gemar melihat perkongsian ketika dia mengaji bersama ibunya.

Namun begitu, baru-baru ini video mengaji bersama ibunya yang dimuatnaik di Youtube  terpaksa dipadam kerana kesilapan pemakaiannya dalam video berkenanaan.

Kurang sopan

Mengakui kesalahannya, Reen menerusi laman Instagramnya memohon maaf kerana kecuainnya yang memakai kurang sopan di hadapan Al-Quran.

Permohonan maaf itu dibuat selepas menerima teguran daripada ibu dan bapa saudaranya. Reen juga berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan menegur kesilapannya itu.