Janna Nick nama yang tidak asing dan sering kali juga dikaitkan dengan beberapa kontoversi yang melanda dirinya.

Namun, semalam dia kembali menjadi tumpuan netizen kerana tindakannya.

Tidak Sependapat

Pelakon ‘Leftenan Zana’ itu melontarkan pendapat peribadinya di laman sosial Twitter mengenai satu hashtags yang trending di Twitter iaitu #ThePurge.

Menerusi ciapannya, Janna berkongsi pendapatnya tentang apa yang berlaku di Captiol Amerika Syarikat kini adalah kerana impak daripada filem tersebut.

Janna turut berkata betapa pentingnya garis panduan filem dalam indsutri perfileman, seperti mana yang telah dilakukan oleh Malaysia sejak sekian lama.

“The trending #ThePurge shows the impact that film have on the public. This is the reason why certain guidelines are needed in the film industry, just as Malaysia has done for the past many year,” tulisnya di Twitter.

Netizen Tidak Bersetuju

Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang tidak sependapat dengannya dan berkata apa yang berlaku di sana bukanlah kerana filem tersebut tetapi sistem itu sememangnya sudah lama wujud di Amerika. Jelasnya, disebabkan itu, filem seperti ‘The Purge’ terhasil.

 “The purge was a movie on the eradication of poor people through violence. ironically, the US has done this way before the movies happened by being systemically broken such as their history and current treatment against blacks or native American’s. be quiet on things you don’t know,” tulis seorang wargamaya.

Gelar Netizen Loser

Akibat daripada tidak sependapat itu, Janna telah menggelarkan individu tersebut ‘loser’, sekali gus menyebabkan dia menerima kecaman ramai netizen.

“Loser,” tulisnya ringkas.

Malah, disebabkan satu ciapan dengan satu perkataan itu, nama Janna Nick telah menjadi trending di Twiiter.

Tampil Mempertahankan Diri

Walaubagaimanpun, Janna tampil mempertahankan dirinya dengan menulis bahawa individu tersebut telah memadam ciapannya sebelum dia membuat ciapan yang baru, sebab itu dia menggelarkan individu tersebut loser.

Peperangan siber itu masih berterusan dan Janna rancak membalas setiap ciapan serta ciapan petikan (quote rt) yang menyindir dirinya.

Wahh dahsyat juga ya isu ini, siapa betul siapa salah pun kita tak dapat kenal pasti. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera!