Rata-rata rakyat mengetahui bahawa seluruh negara kecuali Sarawak sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana tidak membenarkan sebarang majlis keramaian diadakan.

Walaubagaimanpaun, majlis pertunangan yang diadakan untuk anak seorang artis baru-baru ini telah menjadi tanda tanya netizen.

Kenapa anak artis boleh?

Menerusi laman sosial Twitter, satu ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna ini tular apabila dia mempersoalkan tindakan seorang anak selebriti yang mengadakan majlis pertunangan pada hujung minggu lalu.

“Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Sorry sis bitter sebab berapa ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.

“Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau langgar kena saman. Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot,” tulis pengguna Twitter itu.

SOP cakap tak boleh

Ciapan yang telah dihantar itu dengan pantas mendapat perhatian pengguna-pengguna lain, yang turut sama mempertikaikan majlis pertunangan anak selebriti itu.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa kekecewaan mereka apabila terpaksa berkali-kali menangguh majlis gara-gara PKP.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), majlis keramaian dan sosial seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri, acara keagamaan dan lain-lain lagi adalah tidak dibenarkan.

Apa pun, waktu angka kes Covid-19 tengah naik mendadak ni, harapnya semua dapatlah ikut SOP betul-betul.