Gara-gara jalan tersekat akibat kemalangan di Persiaran Utara Putrajaya yang membabitkan sebuah lori tanah, seorang murid hampir terlambat untuk menjawab peperiksaan sekolah.

Menerusi platform twitter, Aimad Azfar telah memuat naik gambar sepupunya yang membonceng motosikal bersama seorang anggota polis.

Terima kasih abang polis

Tweet tersebut menjadi viral pagi itu kerana netizen di media sosial tersentuh dengan kemuliaan anggota polis tersebut yang sanggup menghantar murid itu ke sekolah.

“Terima kasih banyak abang polis tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.

“Jalan blocked, ada lori accident, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya,” katanya di akaun Twitternya.

Sehingga kini, posting tersebut telah mendapat banyak perhatian dengan lebih 12 ribu retweets di Twitter.

Mohon beri penghargaan

Netizen di media sosial memuji tindakan pegawai polis tersebut dan ramai juga yang meminta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberi penghargaan kepadanya.

“Mohon beri sedikit penghargaan kepada anggota berkenaan atas sumbangan ikhlas beliau. Kami doakan beliau dan keluarga dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera hendaknya. Amin,” kata seorang pengguna Twitter.

Comel je sepupu Aimad ni peluk pinggang pegawai polis tu.

Apa-apa pun, diharap pegawai polis ni dimudahkan segala urusannya pula.