Ibu mana yang tak kecewa bila anaknya membuat kesalahan yang menjatuhkan maruah dirinya sendiri?
Baru-baru ini, ada tersebar sebuah video yang menunjukkan remaja lelaki dan perempuan bercium. Rata-rata netizen menyedari bahawa remaja perempuan itu menyerupai anak penyanyi, Nora Ariffin
Mengaku adalah anak dia
Menerusi laman Instagramnya semalam, Nora meluahkan rasa terkilannya dan mengaku bahawa remaja perempuan yang viral itu adalah anak perempuannya.
“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan, I admit, it is her.
“Sebagai seorang ibu, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Tetapi sebagai manusia, kita tak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia (anak perempuan Nora) masih muda dan masih banyak perkara yang dia perlu belajar dalam kehidupan. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan,” tulisnya
Nora juga berharap yang anaknya itu belajar daripada kesilapan dan dapat menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.
Tambahnya, Nora meminta agar semua dapat memberikan mereka ruang dan ketenangan untuk ketika ini.
“Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” ujarnya.
Kena paksa
Pada masa yang sama, anak perempuan Nora, Putri Nor Dahlia menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Twitternya, mengatakan bahawa dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dicium.
Jelasnya, kini mereka telah pun putus hubungan.
Setakat artikel ini ditulis, sepertinya Twitter milik Dahlia sudah pun dinyahaktifkan (deactivated).
Semoga Nora sekeluarga bertabah mengahadapi ujian ini.