Kisah antara pelawak Shuk Sahar, bersama isterinya Rossa pernah menjadi tumpuan media sebelum ini oleh kerana Shuk didakwa curang dengan isterinya.
Dan nampaknya, pasangan ini kembali menerima perhatian apabila Rossa mendedahkan bahawa Shuk sekali lagi telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Ugut bunuh diri, hantar benda syirik
Melalui satu perkongsian Instagram, yang telah dipadam Rossa pada hari seterusnya, Rossa menunjukkan sekeping foto yang dihantar oleh perempuan misteri itu.
Dalam sekeping foto itu, wanita tersebut dilihat menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu bunuh diri.
Rossa turut memuat naik sebuat video yang mendakwa terdapat individu yang menghantar benda syirik kepadanya. Video itu menunjukkan seperti empat bungkusan yang diikat dengan tali berwarna hijau.

“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syirik nak hantar santau di rumah orang,” tulisnya lagi
Sedia hidup bermadu
Namun Rossa, atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah seperti telah memberi bayangan kesediannya untuk hidup bermadu dengan syarat Shuk dan kekasihnya menerima diri dan anaknya.
Bukan dengan cara menghancurkan apa yang telah sedia ada.

“Sudah cakap, jika hendak bermadu perlu terima keluarga dan anak-anak saya. Bukannya dengan hancurkan keluarga saya. Tolong berubah, bukan dengan cara ugut sana sini kerana saya dan anak-anak tidak salah.
“Kalau nak kahwin silakan, rasanya mereka sudah pun berbincang tetapi memang tidak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak,” tulisnya
Menurut Kosmo! Online, pada masa yang sama, Shuk telah memuat naik kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut di Instagramnya,
“Saya ada di rumah, harap maklum sebelum komen,” tulisnya
Kali pertama Shuk ditangkap curang oleh isterinya, dia terus dibuang kerja sebagai penyampai HOT FM akibat kontroversi tersebut, kali ini apa lah padahnya…