Hujung bulan ini kecoh seketika apabila penyanyi Nabila Razali tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35)

Ada yang kata Nabila sengaja tak nak menyanyi lagu sendiri, tapi baru-baru ini salah seorang komposer lagu itu telah mengesahkan yang Nabila akan menyanyi lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL 35).

Semakin Pulih

Biarpun keadaan kesihatan Nabila sudah semakin pulih namun, dia masih dalam tempoh untuk pemulihan daripada masalah peti suara yang dialaminya.

Nabila turut mendakwa yang dia menolak beberapa tawaran lakonan buat masa kini sehingga hujung Januari hadapan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan persiapan ke pentas berprestij berkenaan.

“Alhamdulillah ya, saya mengesahkan tentang penglibatan saya secara langsung di malam final AJL35. Kesihatan saya semakin pulih, tapi saya masih lagi dalam tempoh recovery.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan maaf kepada pihak produksi dan penerbit kerana saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan buat masa ini sehingga hujung Januari kerana saya ingin fokus pada persiapan AJL35.

“Saya yakin penyanyi lain ada persiapan mereka tersendiri tapi ini kali pertama saya terlibat dalam AJL35, sudah tentu saya perlu buat persiapan yang lebih supaya dapat beri persembahan yang baik dan impak kepada penonton,” katanya kepada mStar.

Disahkan Oleh Hael

Hael sendiri yang mengesahkan bahawa Nabila yang akan menyanyi lagu tersebut di malam AJL35 menerusi ciapannya di Twitter pada malam Selasa.

Rata-rata peminat juga meluahkan rasa syukur dan tidak sabar untuk melihat persembahan Nabila kelak.

Pada separuh akhir lalu, lagu tersebut di nyanyikan oleh Hael sendiri apabila Nabila dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Impian Tercapai

Nabila turut meluahkan rasa bersyukur apabila impainnya untuk menjeajk kaki di pentas berkenaan bakal menjadi kenyataan dan mengucapkan terima kasih kepada dua kmposer hebat iaitu MFMF serta Hael sendiri kerana menghasilkan karya yang digelar ‘AJL Material’

“Ia merupakan impain saya untuk jejakkan kaki ke pentas AJL dan Alhamdulillah ia jadi kenyataan. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada Hael dan MFMF kerana menghasilkan lagu yang terbaik atau orang ramai panggil ‘AJL Material’

“Saya sentiasa bersyukur atas rezeki yang diberikan dan dapat menunaikan permintaan peminat lagu Peluang Kedua untuk saya nyanyikan sednriri di pentas AJL35,” kataya lagi.

Wahh Nabila dah semakin pulihlah,tak sabar nak dengar nyanyian dia masa AJL35 nanti. All the best and goodluck Nabila!