Dalam usaha untuk mempercepatkan usaha vaksinasi, PICK pimpinan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa mereka akan gunakan masjid sebagai pusat Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Walaupun keputusan tersebut dibuat oleh kerana situasi Covid-19 yang semakin teruk di negara ini, pelan ini dikecam oleh segelintir pihak, termasuklah bekas pelakon telefilem Mat Gedebe (2014), Zul Yahya.

“Saya mimpi ular”

Di dalam satu hantaran melalui Instagram miliknya, dia menyatakan kecewaanya dan ketidakpuasaannya apabila dapat tahu masjid telah dijadikan pusat PPV.

“Allah hu Akbar. astafirrullah al azim. aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular… wallahi demi Allah aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang-kadang mungkin aku tak jaga adab tidur tapi mungkin ada maksud disebaliknya

“Teramat pedih hati kami melihat rumah-rumah Allah swt seperti ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pengikut Zul Yahya tak main kecam

Ramai juga pengikutnya yang marah pasal keputusan ini, namun apa yang betul-betul menjadi pertingkaian adalah etika penerima vaksin ketika dalam PPV/masjid tersebut.

Kemarahan golongan tersebut ke tahap sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Moahamad Al- Bakri turut sama dikecam.

Walaubagaimanapun, luahan golongan tersebut seperti melepaskan batuk di tangga, PPV masjid masih dijalankan dalam usaha vaksinasi Covid-19 Malaysia dan kini jumlah kumulatif pemberian vaksin telah pun melebihi 7 juta setakat 27 Jun.