Bakat atau followers? Mana satu yang penting untuk menarik minat orang ramai untuk menonton sebuah cerita dan mana satu yang menjadi pilihan sebuah produksi untuk mengambil seseorang itu berlakon?
Memang tidak dinafikan bahawa dunia hiburan bukanlah mudah dan mempunyai saingan yang tinggi tetapi baru-baru ni, sebuah tweet daripada seorang pelakon mendapat tumpuan netizen.
Followers kena 500 ribu baru boleh berlakon?
Amirul Affendi merupakan seorang pelakon yang mempunyai bakat yang besar tetapi syarat yang ditetapkan oleh pihak produksi menghalangnya untuk berkembang.
Amirul membuat tweet, mengatakan stesen televisyen hanya akan mempertimbangkannya untuk berlakon sebuah produksi jika cecah 500 ribu followers di Instagram. Memandangkan Amirul hanya mempunyai 100 ribu followers, dia mengatakan mungkin lambat lagi stesen televisyen untuk mengambil dia berlakon.
Ramai netizen memberi komen tak percaya dan tak setuju dengan syarat yang diletakkan oleh stesen tv kerana bakat yang Amirul Affendi ada ni sangat berkualiti.
900 ribu followers pun tak dapat tawaran
Lepas dah viral tweet Amirul, seorang lagi pelakon tanah air, Norkhiriah pun tampil bersuara di Instagramnya, mengatakan bahawa dia yang mempunyai 900 ribu followers pun tak dapat tawaran. Tambahnya lagi, mungkin bagi laluan pada yang tengah hot dan dia sedar kedudukan dia di mana.
Aktres yang telah beberapa kali memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ni juga meluahkan rasa rindunya untuk bekerja di set semula dan sempat menyatakan kekecewaannya apabila beberapa pihak tertentu tidak mengamalkan konsep sama rata.
Mana nak letak Bront Palarae?
Seorang pelawak dan juga penyampai radio, Danial Zaini, memberi pandangannya berkaitan dengan populariti artis setelah viral tweet Amirul.
Melalui Instagramnya, Danial memberitahu followers bukanlah pengukur bakat anak seni. Kalau bakat diukur menggunakan followers, macam mana Joaquin Phoenix (pelakon utama Joker) dapat menang Oscar Awards sedangkan dia Instgaram pun tak ada.
Kemudiannya, Danial membuat perbandingan antara Bront Palarae, pelakon lelaki terbaik Asia dan Coki, personaliti media sosial. Dia menjelaskan bahawa dia tak salahkan sesiapa dalam hal ni dan semua orang berhak untuk follow sesiapa sahaja tapi mentaliti itu perlu diubah.
Baru tahu macam mana industri hiburan tanah air ni bergerak. Kalau mengharapkan rupa dan jumlah followers, nampaknya macam lama lagi industri seni tanah air ni dapat berkembang. Harapnya lepas ni pihak produksi dapatlah membuat keputusan yang terbaik untuk industri hiburan Malaysia ni.