Bukan semua perkara boleh dibawa bergurau lagi-lagi kalau terlepas kata ketika sedang bersiaran langsung, memang cepat netizen kecam.
Malam semalam, laman sosial kecoh apabila penyanyi Usop membuat gurauan yang seperti body shamming pengacara, Sherry Alhadad di pentas akhir Big Stage 2020.
‘Badan macam ini kena nyanyi macam inilah’
Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna dan Peluang Kedua pada malam minggu akhir program tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dia secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry yang menurut pendapat rata-rata netizen, telah melakukan body shamming kepada pengacara itu.
“Badan macam ini kena nyanyi macam inilah” adalah antara ayat yang diujarkan Usop kepada Sherry yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Minta maaf
Walaubagaimanapun, Usop meminta maaf secara terbuka ketika program itu masih lagi bersiaran secara langsung kepada Sherry dan seluruh rakyat Malaysia.
“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak (Sherry), saya minta maaf,” ujar Usop selepas mempersembahkan lagu keduanya.
Tak ambil hati
Berikutan dengan permohonan maaf Usop, Sherry mengatakan bahawa dia tidak mengambil hati dengan apa yang diperkatakan itu dan memahami bahawa ianya hanyalah sekadar gurauan.
“Kami faham Usop gurau. Akak pun faham Usop sekadar bergurau,” kata Sherry.
Big Stage 2020 telah pun melabuhkan tirainya malam semalam dengan menobatkan Azzam Sham sebagai juara, Usop naib juara dan Qody Rany di tempat ketiga.
Manakala Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.
Bagus Usop, berani mengaku salah dan terus minta maaf.