Rasanya ramai sudah tahu isu tentang pendakwah bebas Malaysia, Da’i Farhan atau Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang menceraikan isteri pertamanya ketika mengandung untuk bersama dengan isteri keduanya.
Nampaknya sejarah berulang kembali apabila Da’i Farhan telah pun menceraikan isteri keduanya ketika isterinya itu juga sedang mengandung.
Perceraian diminta oleh isterinya
Penceraian ini dituntut oleh isteri Da’i Farhan, Dr Erin atau nama panjangnya, Noornainul Naqim Mohd Radzi. Dia sendiri mengesahkan bahawa mereka telah bercerai sejak April yang lalu.
Dr. Erin juga berkongsi di Instagramnya melalui satu paparan yang mengatakan Da’i Farhan telah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu selepas mengetahui yang dia telah hamil anak pertama dengan pendakwah bebas itu.
Tak tahan dengan perangai ‘lalang’ Da’i Farhan
Berdasarkan tulisan Dr Erin, dia meminta untuk diceraikan sebab tidak tahan dengan perangai Da’i Farhan yang seperti lalang, kejap nak rujuk madunya dan ceraikan dia, kejap tak jadi cerai dan nak pujuk madunya untuk terima dirinya semula.
Untuk makluman, Dr Erin telah membenarkan Da’i Farhan untuk kembali kepada bekas isterinya kerana suaminya tidak mahu berpisah dengan anak-anaknya sejak Februari yang lalu.
Diberi syarat oleh bekas mertua
Bila dah tahu Da’i Farhan tak boleh duduk jauh dengan anak-anaknya, mertua bekas isteri pertamanya ada bagi syarat. Kalau nak duduk dengan anak-anak boleh, tapi kena ceraikan Dr Erin.
Menurut Dr Erin lagi, bekas mertuanya tidak benarkan anak dia bermadu jadi disebabkan itulah Da’i Farhan diberi syarat begitu.
Mengalah demi kebahagian suaminya
Disebabkan terlalu sayang dengan suaminya itu, Dr Erin akhirnya mengambil keputusan untuk mengalah dan menyerahkan suaminya kembali kepada bekas isteri pertamanya.
Tulis Dr Erin lagi, sejak Februari yang lalu ada saja masalah bila hendak bercerai jadi akhirnya dia nekad untuk meneruskan proses itu pada bulan Ramadan tahun ini untuk kebaikan semua. Dia juga meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan dia dengan Da’i Farhan lagi di samping menerima penceraian ini dengan hati terbuka.
Tak tahulah kenapa dengan Da’i Farhan ni sampaikan dua kali dia buat perkara yang sama. Tapi apa yang pasti, sudah ramai pendakwah bebas negara yang mencemarkan gelaran ‘ustaz’ disebabkan perkara yang tidak bermoral sebegini.
Kalaulah semua ‘ustaz selebriti’ macam ni, habislah nama baik Islam akan tercemar.