Umum sedia tahu sebelum ini, Azwan Ali atau Diva AA telah membuat comeback dalam bidang pengacaraan dengan mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Elly Mazlein.

Kehadiran Diva AA setelah lama menyepi telah mendapat pujian ramai netizen di media sosial sehingga program tersebut telah trending di Twitter.

Perli Diva AA

Namun begitu, malam tadi telah tercetus satu kontroversi yang berlaku di siaran langsung, Gegarvaganza musim ke-7 apabila pengacaranya, Nabil Ahmad dilihat seakan memerli kemunculan Diva AA.

Tindakan Nabil tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Ada juga yang menyelar tindakannya dan apabila mereka menganggap pengacaraanya dilabelkan tidak sebagus Diva AA.

“Bongkak betul statement Nabil mengata Diva AA sebab buat comeback semula jadi pengacara dekat program TV3. Dia dah lama tak pegang mikrofon pun, tetap pengacaraan dia dulu jauh 10 kali ganda lagi bagus dan tak sebodoh Nabil. Sudahlah bodoh, bongkak pula,” tulis seorang pengguna Twitter.

Lawak Lucah

Di bebenang tersebut, ada juga yang berpendapat Nabil suka melakukan lawak lucah semasa pengacaraanya tidak kiralah rancangan mana pun.

“Tak padan Haji tapi lawak lucah memanjang,” tulis seorang warganet.

Ada juga yang memerli Nabil bahawa dia akan melakukan permohonan maaf setiap kali dia melakukan kesilapan.

“Kembali kita dalam rancangan “Saya Nabil Ahmad Memohon Maaf” season ke berapa entah sekali lagi lepas ni,” tulis seorang pengguna.

Buat Poll

Selain itu, di bebenang ciapan tersebut, salah seorang pengguna Twitter turut membuat satu poll di mana ianya membandingkan Nabil dan Diva AA sebagai pengacara.

“Korang pilih Azwan Ali 2020 atau Nabil? Aku pilih AA 2020,” tulis seorang pengguna.

Rata-rata mereka lebih memilih Diva AA meskipun poll tersebut tidak berakhir lagi.

Lagu Cinta Kita 2 dan Gegarvaganza musim ke-7 berlangusng secara serentak di mana program tersebut menampilkan dua format berbeza serta pengacara terkenal tanah air.

Haihh ada juga adengan macam ni berlaku ya. Apa-apa pun semoga ianya pekara kecil dan tidak akan diperbesarkan. Semoga Diva AA dan Nabil sentiasa dumurahkan rezeki dan terus berkarya untuk peminat mereka.