Zul Yahya bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air meskipun dia kini tidak aktif lagi seperti dahulu dan lebih aktif dalam keagamaan.
Namun, sejak semalam, dia telah mencetuskan kekecohan di media sosial ekoran postingnya di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
Solat Jemaah Tanpa Penjarakkan Sosial
Zul Yahya telah memuat naik sebuah video solat berjemaah tanpa mengamalkan penjarakkan sosial di IGnya.
Video itu telah menimbulkan kekecohan serta megundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Dia juga turut mempersolakan keyakinan muslimin terhadap kuasa Allah SWT dan sunnah Nabi SAW di dalam video tersebut.
“(Penggunaan) vaksin belum tentu menyelesaikan masalah, tapi solat mengikut cara nabi S.A.W. pasti ada kejayaan,” tulisnya di sebuah posting IG.
Cadang Ikut Norma Lama
Dia juga turut mencadangkan kepada pengikut IG nya supaya mengikut norma lama ketika solat berjemaah.
“Apa yang susah sangat? Apa yang takut sangat? Perkara dunia orang berhimpun tak apa pula.
“Bab masjid ni asyik beri macam-macam alasan yang kadang-kadang tak masuk akal,” tulisnya lagi.
Dia turut berkata lagi dalam postingnya, bagi yang tidak bersedia boleh duduk diam-diam di rumah.
Marah betul Zul ya. Buat netizen semua, kita ikut saja lah arahan dan saranan KKM untuk kesejahteraan kita bersama. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT.