Siapa sahaja tak kenal anak usahawan kosmetik Dato Sri Vida iaitu Cik B yang semakin popular di kalangan peminatnya sendiri dan juga pengikut DSV.

Baru-baru ini, Cik B mendapat perhatian netizen sebab berlakon dalam satu drama namun tak lama lepas tu, Cik B lagi sekali menjadi tumpuan apabila dikatakan telah menjadi seorang penyanyi rap.

Berdasarkan kisah hidup sendiri

Difahamkan Cik B telah mengeluarkan single miliknya yang berjudul “Tolonglah” menerusi saluran Youtube DSV entertainment pada 1 Disember.

Menurut Sinar Harian, lagu tersebut telah dicipta bersama ibunya dan merupakan terjemahan perasaan dan curahan hari remaja berusia 15 tahun itu dalam genre ‘dark emo rap’.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Tetap Optimis Berdepan Kritikan

Cik B turut berkata dia tetap kekal optimis untuk berdepan dengan perbezaan pandangan serta kritikan terhadap dirinya dan lagu tersebut.

“Saya sudah biasa menerima kritikan dan kecaman sejak berusia 12 tahun. Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.

“Saya boleh dan bersedia untuk menyanyi secara langsung dan akan ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suara,” katanya lagi.

Dia juga turut bercadang untuk melancarkan single kedua tahun depan.

Trending No. 1

Meskipun baru sahaja tiga hari dilancarkan di Youtube namun, lagu milik Cik B itu  kini trending nombor 1 di platform tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, jumlah penonton yang menonton musik video lagu itu juga hampir mencecah 800 ribu.

Rata-rata netizen turut memberi reaksi yang positif serta komen yang memberangsangkan tentang lagu ciptaan Cik B itu.

Wow cayalah Cik B, dah ada single baru. Goodluck Cik B untuk langkah yang setersunya.