Biarpun mengambil keputusan untuk berniqab, nama Neelofa cukup sinonim dengan industri hiburan, bisnes dan juga fesyen.

Padam Foto Hijabster

Menurut Gempak, Neelofa telah membuat keputusan untuk memadam semua foto ‘hijabster’ miliknya di laman Instagram (IG).

Difahamkan, foto-foto tersebut termasuklah saat dia menghadiri beberpa acara fesyen terkenal dunia serta saat dirinya memperaga banyak jenama mewah antarabangsa.

Fotonya sebagai cover majalah yang pernah dijalaninya juga turut dipadam.

Tambah Gempak, menurut pemerhatian mereka, daripada 7,568 kini hanya 2,648 keping foto sahaja yang tinggal dalam akaun IG miliknya yang mempunyai lebih 8 juta pengikut itu.

Tinggal Foto Penting Sahaja

Neelofa hanya tinggalkan foto kenangan di Mekah, dan bersama  ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga serta tuntutan kerja sahaja.

Neelofa juga mengekalkan semua foto dengan penampilan baharunya, berniqab serta petikan-petikan berunsur kerohanian.

Wahh, Alhamdulillah dan tahniah Neelofa. Semoga Neelofa terus beristiqamah.