Nampaknya kes mahkamah antara Dato Seri Vida (DSV) dengan bekas suaminya, Mohd Amin masih lagi berterusan walaupun semalam, Mohd Amin gagal mendapat tuntutan hadanah terhadap DSV.

Tuntutan Sepencarian

Mohd Amin dikatakan akan membuat satu lagi tuntutan terhadap DSV iaitu tuntutan harta sepencarian ketika mereka bercerai.

Hasrat itu dinyatakan oleh Mohd Amin sendiri, selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat olehhnya terhadap DSV.

Kemukakan Rayuan

Bapa kepada Cik B dan Kacak itu juga berkata, dia akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan.

“Cuma selepas ini saya akan buka kes harta sepencarian iaitu bermula ketika saya dan dia dahulu sehingga bercerai.

“Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana ketika anak meninggal dunia dulu, saya tidak berpeluang untuk menatap kali terakhir,” katanya.

Untuk rekod, Mohd Amin dan DSV telah berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian.

Selain Cik B dan Kacak, mereka telah dikurniakan dua orang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhamaad Edrie Zikrie.

Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida Meru Hill, Ipoh pada tahun 2013.

Hmm ada tuntutan lagi. Semoga keputusan mahkahmah kelak akan berpihak pada yang benar!