Berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siri Nurhaliza bukan sahaja menggembirakan dirinya dan keluarga malah, berita tersebut turut menimbulkan kegembiraan dalam kalangan peminatnya.
Ramai juga tertanya-tanya jika Siti mempunyai sebarang persiapan untuk menerima ahli baru dalam keluarganya itu.
Belum Buat Persiapan
Meskipun bakal menimang cahaya mata lelaki pada April hadapan, Siti mengakui beliau masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya itu.
Menurut mStar, Siti akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang mana ianya tidak sesuai untuk bayi lelaki.
Kata pelantun Aku Bidadari Syurgamu ini, beliau hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.
“Persiapan kalau soal barang-barang baby, masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy dan sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.
“Jadi, rasa-rasanya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya,” kata Siti kepada mStar.
Rasa Gementar
Siti turut mendedahkan yang dia berasa gementar untuk melahirkan bayi keduanya biarpun pernah melalui pengalaman tersebut.
Dia juga turut berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.
“Dari segi mental dan fizikal, saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempaun tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.
“Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik, Insya-Allah,” katanya lagi.
Semoga urusan Siti untuk kandungan kedua ini dipermudahkan!