Lahir daripada program realiti televisyen, Afieq Syazwan kini sedang mengorak langkahnya untuk bergelar anak seni meskipun ianya tidak mudah.

Baru sahaja bermula namun sudah dilanda kontroversi apabila dikatakan ada video ‘buruknya’ tersebar

Video Telanjang

Afieq yang merupakan pelakon dan penyanyi terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan video telanjangnya yang sedang viral di laman sosial Twitter.

Dia berkata, pekara tersebut hanya cubaan untuk mencemarkan nama baiknya.

Difahamkan juga, video yang dinyatakan tersebut tidak langsung dijumpai.

“Terkejut saya apabila mendengar cerita tersebut dan cuba juga cari kot-kot terjumpa video tidak senonoh sendiri.”

“Tapi tak jumpa pun. Dan setahu saya, tak pernah lagi saya ber’video call’ atau menghantar video yang bukan-bukan kepada sesiapa,” katanya.

Apa yang lebih mengecewakan Afieq ialah berita tersebut menjadi perbualan ketika dia sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan single dan muzik video baru iaitu ‘Gerak Lu’.

Timbul Isu

Menurut Gempak, turut timbul isu ketika pembinaan muzik video miliknya. Terdapat dakwaan yang mengatakan Afieq berang kerana tidak dapat merealisasikan konsep yang dia bayangkan.

“Actually, konsep dan idea muzik video ni dah ok, cuma saya ada menyuarakan pendapat untuk muncul lebih berani dalam muzik video kali ini.

“Idea saya ialah, nak keluar dengan konsep muzik video yang lebih daring ala barat dan K- pop, dan saya request untuk menari tidak berbaju bersama penari biar nampak lebih maskulin dan wow.

“Saya pula memang dah buat persiapan dan senaman khusus di gym bersama trainer sebab nak badan betul-betul nampak mantap dan seksi dalam muzik video ‘Gerak Lu’ tetapi hanya sia-sia, sebab syarikat rakaman tak setuju,” katanya.

Perlu Ada Faktor Wow

Afieq turut berpendapat sebuah muzik video yang dihasilkan perlulah ada faktor wow dan keunikan tersendiri.

“Sebagai artis kita kena berani. Kalau nak buat biasa–biasa sahaja takut penonton jemu, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, peminat dan penonton lebih suka tonton sesuatu yang unik dan trendy.

“Tetapi saya tak kata muzik video ni tak menarik, cuma kalau nak tahu hasilnya itu, kenalah tonton nanti ya!

“Manalah tahu kot-kot ada adegan yang kononnya dikatakan viral di Twitter tu,” katanya ketawa kepada Gempak.

Haish macam-macam gossip sekarang ni ya. Apa-apa pun, goodluck Afieq, semoga single baru ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.