Kalau kumpulan Kpop, selalu dengar artis-artis Malaysia ni akan sebut BTS, takpun Blackpink. Tapi nampaknya kali ni, ada tambah satu lagi group yang mungkin akan jadi sebutan dalam kalangan artis tempatan.

Pada hari ini, bekas pengacara Meletop Neelofa telah mengadakan sesi soal jawab bersama peminat-peminatnya di Twitter yang mana usahawan wanita itu akan memilih beberapa soalan yang akan dijawab dengan jujur.

Dan satu soalan yang dijawab oleh Neelofa itu telah mendapat perhatian ramai – lebih spesifik lagi peminat kumpulan Kpop, terutama sekali peminat ATEEZ iaitu ATINY.

Neelofa minat ATEEZ?!

Soalan yang ditanyakan oleh seorang pengguna Twitter itu adalah berkenaan kumpulan Kpop yang disukai Neelofa baru-baru ini.

Tanpa dijangka, soalan itu yang dipilih oleh Neelofa dan jawapan yang diberikan hanyalah satu perkataan iaitu ‘Ateez’.

Dan sudah semestinyalah, jawapan yang diberi oleh Neelofa itu terus dibanjiri komen-komen daripada peminat Kpop yang tidak percaya bahawa usahawan terkenal itu sendiri meminati ATEEZ.

Thanxx satu, dua kali!

Nampaknya bukan Neelofa seorang je dah jadi ‘warga’ ATINY tapi Hael juga!

Siapa je tak kenal Hael Husaini, penyanyi dan komposer berkaliber dalam industri seni tanah air ni jadi, bila Hael membalas jawapan Neelofa dengan ‘Thanxx satu kali’, ia adalah satu kegembiraan buat para peminat ATEEZ.

Malah, Hael juga sebelum ini pernah memuat naik gambarnya memakai ‘hoodie’ berlogo ATEEZ di laman Instagramnya.

Wow tak sangka Neelofa dengan Hael pun kenal ATEEZ! Manalah tahu kan, satu hari nanti tiba-tiba Neelofa dengan Hael ada buat kolaborasi dengan ATEEZ ke….apa pun, doa yang baik-baik je ek gais!