Sharnaaz Ahmad merupakan individu yang lantang bersuara atau mengeluarkan pendapatnya mengenai sesuatu isu.
Baru-baru ini dia kembali memberi pendapatnya mengenai isu baru yang agak hangat diperkatakan di media sosial.
Tak Patuh SOP
Menerusi entri IGTV di laman Instgaram (IG) miliknya, Sharnaaz meluahkan rasa marah terhadap golongan yang pergi bercuti dan berbasikal tempoh hari sehinggakan menyebabkan pertambahan kes positif Covid-19 di negara.
Dia berkata ada dalam kalangan individu yang rapat dengan dirinya terkesan akibat musibah itu.
“Saya tak batak popularity tapi hanya nak bagitau. Ramai yang di negeri zon hijau dah berubah warna lain. Saya nak pesan kepada geng-geng yang pergi bercuti itu hari. Saya sendiri kayuh basikal, tapi tak ada la masuk tournament.
“Tapi sekarang ini disebabkan hampa konon nak recovery ride, ramai yang berjangkit, ada kedai makan yang kena tututp. Hampa pikiaq (fikir) tak semua tu sebelum buat?
“Ada pula yang konon pergi kayuh untuk sihatkan badan. Habistu balik jumpa merata orang. Kita berada dalam keadaan yang sangat crucial. Aku masih tak faham yang hampa tau tempat itu berkemungkinan berjangkit, tak boleh ka kuarantin kendiri dulu kat rumah lepas buat swab test?
“Saya cakap sebab benda ni terkesan dengan orang-orang yang rapat dengan saya. Tak payah sebut nama. Saya cakap sebab saya marah dengan yang buta perut ni.
“Bila dah jadi kena dekat anak kecil, apa patut buat? Perkataan maaf tu kadang-kadang kita boleh terima, tetapi maaf atas buta perut tu minta penampar. Saya seru, tolong sama. Orang lain baru nak bernafas balik,” kata menerusi video IGTV tersebut.
Risau PKP Dilaksana Semula
Dia juga khuatir kerajaan akan melaksanakan PKP di semua negeri.
Sharnaaz menyeru agar individu dan kontak rapat yang terlibat melakukan tanggungjawab dengan menjalani kuanrantin kendiri di rumah.
“Saya risau nanti mai PKP balik. Sekarang ni banyak penggambaran yang dah mula henti shoot, macam mana nak cari makan? Orang akan hentam artis macam kita disebabkan nila setitik.
“Nak cakap tak guna dah tapi satu ja nak pesan. Minta maaf tu boleh tak kita elak jangan buat. Duduk rumah, dah tau ada kontak rapat. Kepada yang buta perut, tolong dengar cakap. Lain kali jangan bising, bila tak boleh keluar rumah. Apapun, semoga semua selamat,” katanya lagi.
Hmmm betul juga kata Sharnaaz tu. Diharap semua jaga SOP ya bila keluar dan bercuti.