Siapa je yang tak kenal adik Neelofa iaitu Ameera Khan, yang boleh dikatakan selalu juga menjadi sebutan para netizen.
Baru-baru ini, Ameera sekali lagi berjaya menarik perhatian netizen apabila berkongsi produk yang digunakannya untuk menjaga kesihatan luar dan dalam dirinya.
Krim Punggung Seribu Lebih?!
Perkara tersebut dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter menerusi ciapan miliknya yang mengatakan dia teringin menjadi kaya seperti Ameera sebaik sahaja melihat IG Story milik adik Neelofa itu.
Perkongsian turut mendedahkan bahawa harga La Mer The Moisturizing Cream 60ml dijual serendah RM 1,024 dan Ameera hanya gunakan krim tersebut untuk di sapukan di bahagian punggungnya.
Tak eksklusif pun?
Namun, ada yang berkongsikan bahawa produk La Mer yang dikatakan eksklusif itu, tidaklah seeksklusif mana seperti yang diheboh-hebohkan itu.
Malah, ada juga yang siap meletakan satu pautan, yang mempamerkan satu kajian yang telah dibuat pada tahun 2010, yang mana mendedahkan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk pembuatan La Mer itu tidak sampai $20.
Apa-apa pun kalau dah mampu apa salahnya kan, pakai lah produk mahal mana pun, asalkan bahagia.