Baru-baru ini kecoh apabila pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar didakwa telah berlaku curang terhadap isterinnya.
Hal tersebut telah medapat perhatian ramai dan menyebabkan netizen turut mengulas tentang isu tersebut.
Beri respon
Setelah lama berdiam sejak tercetusnya kontroversi itu, Shuk akhirnya tampil memberikan respon mengenai konflik rumah tangga yang dihadapinya bersama isteri pada minggu lalu.
Menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Shuk mengakui atas kesilapan dirinya tentang apa yang berlaku dalam rumah tangganya.
Bukan perkara mudah
Dia turut menambah, bukan satu perkara mudah untuk memperbaiki atau memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukannya.
“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya. Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!” tulisnya sebagai kapsyen posting tersebut.
Baguslah mengaku kesilapan, semoga urusan Shuk dipermudahkan.