Nampkanya kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih lagi belum menemui titik pengakhirannya.

Rita menerusi laman Instagramnya telah mendedahkan satu rahsia yang telah lama disimpan sejak penceraian mereka.

Tidur rumah seminggu

Rita mula membuka cerita yang mana Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sebelum Aidil berkahwin dengan Zarema Zainal. Malah, Rita dikatakan turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.

Jelas Rita, dia terpaksa membuka rahsia itu kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.

“Siap masak bagi ayah dan anak-anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah,” balas Rita kepada salah satu komen di hantaran Instagramnya.

Jangan melenting

Dalam masa yang sama, Rita turut berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana menceritakan kisah sebenar. Rita juga memohon agar tidak lagi menganggu kehidupannya bersama anak-anak.

“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar. Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya. Bahagia lah dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lebar di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, Aidil telah tampil bersuara untuk mempertahankan diri susulan fitnah dan makian yang diterima dirinya mengenai pemberian nafkah anak. Namun, Rita tidak mendiamkan diri dan menegaskan bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suaminya itu.