Nampaknya segelintir lelaki Malaysia akan mengalami patah hati apabila pelakon Hannah Delisha diumumkan telah pun bernikah dengan jejaka pilihannya pada hari ini di Singapura.

Selepas 5 tahun

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman Instagramnya apabila Hannah memuat naik beberapa gambar yang mempamerkan dirinya berbusana dan berhijab putih kelihatan gembira bersama jejeka pilihannya, yang mana adalah pelakon dari Singapura, Imam Shah.

“Akhirnya, selepas 5 tahun. Alhamdulillah.

“I love you @imamemy #imampadahannah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

‘Patah hati’

Hantarannya itu dengan pantas menerima reaksi daripada para pengikutnya, tidak kurang juga daripada rata-rata rakan artis yang memberi ucapan tahniah kepada pasangan mempelai itu. Malah, ayah kepada Hannah turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen hantaran tersebut.  

Dalam ruangan komen yang dibanjiri dengan kata-kata tahniah itu, ada juga dalam kalangan peminat Hannah yang secara gurauan, mengatakan mereka ‘patah hati’ dengan berita perkahwinan Hannah ini.

Wah! Dalam diam, terus kahwin Hannah ni! Apa pun, tahniah kepada pasangan Hannah Delisha dan Imam Shah!