Dalam kala musim PKP dan Covid ini, macam-macam cara netizen buat untuk memastikan mereka tidak ditenggelami kebosanan.
Baru-baru ini, satu group Facebook yang dikenali sebagai ‘Riak Apa Hari Ini’ mendapat perhatian kerana telatah dan perkongsian yang dibuat oleh ahli group itu dikatakan mencuit hati.
Namun, sepertinya group tersebut telah menerima teguran daripada seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Kemungkaran dan dosa
Menerusi akaun Facebooknya, Asma’ mendakwa group itu telah mencetuskan pelbagai kemungkaran dan dosa yang dihalalkan atas dasar bergurau.
Jelasnya, perbuatan menunjuk-nunjuk dan riak itu tidak sepatutnya digalakkan dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial.
“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.
“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.
Admin group tampil
Hasil tinjaun di ruangan komen hantaran tersebut, ada juga segelintir netizen yang berpendapat serupa dengan Ustazah Asma’.
Susulan teguran yang diberikan, admin group tersebut tampil menjelaskan bahawa group itu hanyalah sekadar hiburan semata. Dia juga meminta bagi sesiapa yang merasakan guraun dalam group itu melampaui batas, diharap dapat meninggalkan group tersebut.
Ada betul jugak teguran Ustazah Asma’ tu. Apa pun, masing-masing boleh fikir baik buruk jadi diharapkan dapatlah buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.