Bukan senang nak ada keyakinan dalam diri. Kadang-kadang, nak bina keyakinan tu bagi seseorang payah betul.

Tapi lain pula bagi seorang usahawan kosmetik terkenal tempatan, Datuk Seri Aliff Syukri yang boleh dikatakan mempunyai konfiden tahap tinggi langit.

Terkilan tak masuk AJL

Melalui laman Instagramnya, Aliff Syukri ada memuat naik sebuah video yang terkilan kerana tak ada satu pun daripada lima buah lagunya tercalon dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). 

Dalam video tersebut, Aliff mengatakan dengan penuh konfiden bahawa suaranya tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Dia juga berkata bahawa suaranya itu setanding dengan penyanyi-penyanyi hebat negara seperti Ziana Zain dan Hafiz Suip. 

Dapat perhatian Aeril, Baby Shima

Post yang dibuat Aliff Syikri itu bukan saja membuat netizen geli hati, malah mendapat perhatian pelakon Aerifl Zafrael dan penyanyi Baby Shima juga. 

Imej dari: Cari

Aeril sempat meninggalkan komen yang ramai netizen merasakan komen tersebut seperti sindiran kepada usahawan kosmetik itu. 

Baby Shima juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen tetapi komen itu mencetuskan kemarahan Aliff yang merasakan dirinya seolah-olah dihina. 

Hailah Aliff, konfiden tu tak salah tapi bila dah terlajak konfiden ni… rasa macam layak dibuat bahan lawak sajalah.