Jaranglah netizen lupa kata-kata artis, lagi-lagi kalau peminat, memang akan ingat setiap perkataan yang mereka keluarkan. 

Jadi, tak hairanlah apabila para peminat kecewa dengan seorang pelakon lelaki tempatan berkulit sawo matang, Fikry Ibrahim kerana telah memungkiri janji yang dikatakan dahulu.

Rasa tidak senang menonton

Meskipun ramai peminat gembira melihat Fikry bergabung dengan Farah Nabilah dalam drama yang berjudul Kau Yang Pertama buat kali kedua selepas Cik Reen dan Mr Ngok Ngek, episod yang baru ditayangkan memberi rasa tidak senang kepada penonton.

Para penonton dapat melihat Fikry bersentuhan tanpa segan silu dengan Tasha Shilla yang memegang watak sebagai tunangnya menerusi beberapa babak dalam drama itu.

Fikry bersentuhan dengan Tasha dalam Kau Yang Pertama.
Imej dari: Cari

Janji tak akan bersentuhan

Sememangnya bersentuhan merupakan perkara biasa yang ada dalam drama tapi apa yang menjadi perbualan netizen adalah apabila Fikry sebelum ini pernah berjanji tak akan bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita melainkan berlapik.

Melalui Harian Metro, Fikry dengan tegas mengatakan bahawa dia masih berpegang kepada prinsipnya yang tidak akan melakukan babak bersentuhan tanpa berlapik dan tidak memuat naik gambar wanita yang tidak bertudung di laman sosial sehingga kini. 

Peminat keliru, minta jawapan

Para peminat yang melihat episod awal drama Kau Yang Pertama keliru. Adakah Firky telah memungkiri janjinya?

Imej dari: Cari

Dah ramai peminat kecewa dah ni Fikry, harap masih ingatlah janji yang dia buat dulu.