Kalau korang perasan, beberapa hari ni, dekat Twitter ada trending nama daud atau daud kim. Bagi yang tak kenal, Daud Kim adalah seorang Youtuber Korea mualaf femes dan ramai juga peminatnya dekat Malaysia.
Tapi mungkin popularitinya dah jatuh selepas ada satu video tersebar di Twitter yang mendakwanya cuba merogol seorang pelancong wanita.
Video Viral
Video TikTok yang mula tersebar di Twitter pada 24 Ogos itu menunjukkan seorang lelaki separa bogel, sedang memakai seluar.
Video pendek itu juga mendakwa bahawa lelaki itu adalah Daud Kim dan dia cuba merogol mangsa dalam tidurnya ketika hari pertamanya berada di Korea Selatan.
Kes tahun lepas?
Lepas viral video tersebut, ada yang mengatakan bahawa kes ini telah diperkatakan di Twitter sejak tahun lepas.
Daud meminta maaf
Setelah kes ini lagi sekali mendapat perhatian, Daud Kim kemudiannya membuat pengakuan maaf menerusi channel Youtubenya
Melalui video tersebut, Daud menceritakan apa yang telah terjadi pada hari kejadian. Dia juga menjelaskan bahawa dia telah bersemuka dengan mangsa pada 5 Julai 2019 untuk meminta maaf dan menurutnya, mangsa menerima permohonan maaf tersebut.
Daud juga mengatakan mereka ada membuat satu dokumen persetujuaan dan laporan polis juga telah dibuat namun laporan itu ditarik balik.
Berdasarkan persetujuan mereka, Daud perlu membuat permohonan maaf secara public melalui Instagramnya tetapi dia sembunyikan sebulan selepas post itu dibuat kerana menurutnya, dia takut akan kritikan orang ramai.
Respon mangsa kepada video maaf Daud
Mangsa juga memberi respon kepada video pengakuan maaf Daud melalui video pendek TikTok.
Mangsa menjelaskan bahawa menerusi persetujuan mereka, selagi post maaf Daud ada di laman Instagramnya, mereka tidak akan bicara lagi tentang kes tersebut.
Tetapi disebabkan Daud sembunyikan post itu, mangsa merasakan Daud ingin semua orang lupakan kejadian hitam itu.
Mangsa juga mengatakan bahawa tidak kiralah Daud agama apa, dia tetap seorang perogol dan dia juga belum memaafkannya kerana masih trauma disebabkan kejadian terbabit.
Respon netizen
Menerusi kejadian tersebut, terdapat beberapa respon dari netizen yang berpihak pada Daud Kim, mengatakan bahawa kejadian tersebut terjadi sebelum dia memeluk Islam dan dia juga telah bertaubat.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Daud tetap bersalah dan patut bertanggungjawab atas kesalahannya. Ada juga yang mendakwa Daud Kim menggunakan agama untuk mendapat populariti.
Daud Kim yang mempunyai 2.26 juta subscribers di Youtube, telah pun memeluk Islam sejak September 2016 setelah dia tertarik dengan Islam apabila berkunjung ke Indonesia.
Harap isu ni dapatlah diselesaikan.