Masih lagi berkaitan dengan isu anak Nora Ariffin, kini anak lelaki sulungnya, Mohd Syakir Iman Johan pula tampil untuk memberi pencerahan terkini tentang isu tersebut.

Mungkin disebabkan tidak tahan dengan cacian dan makian yang dilontarkan oleh segelintir netizen terhadap adik perempuan dan juga ibunya, membuatkan Syakir perlu bersuara untuk melindungi mereka.

Dua-dua salah!

Menerusi laman Twitternya, Syakir mengaku bahawa adiknya dan juga remaja lelaki itu memang salah dalam hal ini.

“Bagi yang baru nak ambil tahu walaupun tak wajib, lepas tu nak tuduh aku tak terima adik aku salah.

“Ya, adik aku salah, dua-dua salah sebab buat dosa. Pastu laki tu post dekat sosial media.

Tu je point aku. Yang kena bash adik dan mak aku je. So bukan aku yang tak fair ya. Moga bermanfaat,” tulisnya.

Jadikan pengajaran

Jelasnya, isu ini biarlah jadi pengajaran bagi adik perempuannya. Syakir juga memberitahu bahawa keluarganya juga dalam usaha untuk membendung perkara ini.

“Isu viral adik aku biarkan jadi pengajaran buat dia. Secara dalaman, keluarga aku memang dalam usaha membendung hal ini.

“Tapi buat kawan-kawan yang ada anak perempuan, dia boleh menjadi yang seterusnya. Jadi jaga mereka baik-baik.

“Yang turut quote, retweet dan api-apikan lagi tu, moga anda juga merasa nanti insya-Allah,” ujarnya.

Syakir juga berharap untuk selesaikan isu ini secara dalaman dan meminta orang ramai untuk memahami dan menghormati keputusan mereka.

Akan bersemuka

Syakir difahamkan video tersebut ada bahagian kedua dan tak menyangka mereka mempunyai lebih daripada satu video bersama.

“Saya difahamkan ada video baru yang telah tular sejak semalam. Saya akui kami tidak sangka yang mereka punyai lebih daripada satu video bersama. Hal ini memang salah dan dosa mereka berdua. Tetapi video telah direkod dan dipost oleh budak lelaki di sosial media,” tulisnya.

Merasakan perkara tersebut telah berubah menjadi serius, Syakir sekeluarga bercadang untuk bersemuka dengan keluarga lelaki itu.

“Perkara ini telah berubah menjadi lebih serius. InshaaAllah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga budak lelaki itu.

“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsi video yang sedia ada, dan doakan kami semua InshaaAllah,” tambahnya.

Harapnya isu ini dapatlah diselesaikan tanpa sebarang kesulitan.