Pada pagi hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian seorang bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne yang telah menghembus nafasnya yang terakhir.

Dilaporkan oleh rakan seperjuangan

Menerusi Gempak, berita tersebut telah dilaporkan melalui laman Instagram rakan seperjuangannya, Usop.

“Assalamualaikum semua, tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk sahabat seperjuangan saya. Kini telah pulang ke ramatullah. Sandra rehat k. Al-Fatihah,” tulis Usop.

Disebabkan kemalangan

Selama lima hari Sandra bertarung nyawa untuk bertahan akibat kemalangan yang menimpanya.

Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) untuk tujuan rehersal di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Difahamkan kemalangan itu berlaku apabila kenderaan di depannya berhenti secara mengejut.

Sandra dilaporkan dalam keadaan krital sejak Sabtu dan mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya.

Dikebumikan di kampung halaman

Menerusi laporan BH Online, jenazah Allahyarham Sandra akan dikebumikan di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada petang ini.

Wakil syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, Vea memberitahu bahawa urusan membawa jenazah pulang ke Sabah sedang diuruskan oleh keluarga arwah.

Vea juga mengesahkan bahawa Sandra telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah Sandra dan semoga rohnya diberkati dan di bawah lindungan Allah sentiasa.