Merupakan antara ikon fesyen yang terkenal di Malaysia, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor baru-baru ni ada memuat naik satu gambar yang menjadi tanda tanya rata-rata netizen.

Wak Doyok yang terkenal dengan fesyen misai dan janggut yang unik itu membuat ramai orang berteka-teki dengan status terkini selebriti ini.

Siapa adik manis?

Melalui laman Instagram miliknya, Wak Doyok ada memuat naik satu gambar yang menunjukkan dia bersama seorang wanita yang elok bertudung litup tetapi wajah wanita tersebut ditutupi dengan ikon kartun bertudung.

Yang membuatkan netizen lebih tertanya-tanya apabila wanita itu digelar sebagai ‘adik manis’ ketika Wak Doyok memberi ucapan ulang tahun.

Imej dari: Cari

Girlfriend Wak ke?

Netizen pun apa lagi, masing-masing menebak bahawa wanita itu adalah kekasih Wak Doyok. Berduyun-duyun ruangan komen masuk di tulisan tersebut dengan ucapan tahniah daripada ramai orang.

Berahsia sangat ni, Wak. Kalau betul wanita tu girlfriend Wak, elok diberitahu, tak adalah nanti ada peminat-peminat yang menaruh harapan untuk jadi girlfriend Wak.